Persekolahan

Suburb: West End, Highgate Hill, Hills End dan sekitar Suburb: St. Lucia, Taringa, Indooroopilly dan sekitar Suburb: Kelvin Grove, Ashgrove, Red Hill, New Market dan sekitar

Sekolah-sekolah Agama di Brisbane:

  • Brisbane Muslim School
    724 Blunder Road,
    Durack Qld 4077
    Phone: (07) 3372-1400 Fax (07) 3372-2500
    Email: bmschool@bigpond.net.au
  • Islamic School of Brisbane
    45 Accacia Road
    Karawatha QLD 4117
    Ph: (07) 3841 3645 Fax: (07) 3841 4320

Penyemakan Pegecualian Bayaran Yuran Sekolah Anak (Dependent Tuition Fees)

Seterusnya untuk menyemak/memastikan samada Education Queensland memberi pengecualian bayaran yuran (exemption for school tuition fees) untuk anak-anak dan dependant pelajar, sila semak dengan pegawai di Australian Embassy, Kuala Lumpur.
Australian High Commissioner to Malaysia
6, Jalan Yap Kwan Seng
Kuala Lumpur 50450
Telephone: 03 2146 5555
Fax: 03 2141 4323
Laman Web: http://www.australia.org.my/

Maklumat Pengecualian "Tuition Fees" anak

Umur mula sekolah:
Umur Jenis Sekolah
4 tahun Kindergarten Tidak wajib
5 tahun Pre-School
6 tahun Preparatory atau Year 1 Wajib

Sebahagian sekolah menggunakan terma berikut:

  • Junior School: Year 1 hingga Year 5
  • Middle School: Year 6 hingga Year 9
  • Senior School: Year 10 hingga Year 12

Kanak-kanak biasanya memulakan pendidikan formal wajib ketika berumur 6 tahun (year 1) di primary school sehingga Year 10. Year 11 dan 12 tidak wajib. Selepas Year 10, mereka boleh memilih untuk meneruskan pengajian di TAFE, tetapi untuk memasuki Universiti, mereka wajib menamatkan Year 12.

Jika memilih untuk tamat Year 10 dan sambung ke TAFE, maka setelah tamat pengajian di TAFE mereka berkelayakan untuk meneruskan pengajian di Universiti.

Link ke Education Queensland .
Sebarang persoalan berkaitan persekolahan anak boleh ditanya di forum PPMQ.

*** Biasanya kanak-kanak lelaki dan perempuan yang bersekolah akan memakai kasut (kulit dan kanvas) berwarna hitam. Adalah lebih menjimatkan jika kasut ini dibeli di Malaysia.