Airport Reception
Sambutan di airport dan pengangkutan
Semua pelajar baru yang pertama kali tiba layak menggunakan perkhidmatan 'Airport Reception' yang disediakan oleh universiti secara percuma. Wakil pihak universiti akan menyambut anda di Brisbane International Airport dan membawa anda dari airport ke tempat penginapan sementara pilihan anda. Anda perlu membuat tempahan dengan pihak universiti masing-masing untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Sila lawati laman web universiti di bawah untuk mengetahui terma-terma perkhidmatan.
- University of Queensland
- Queensland University of Technology
- Griffith University
- University of Southern Queensland
Insya-Allah, wakil-wakil kami akan berjumpa dengan anda di tempat penginapan setelah anda tiba. Jangan lupa memaklumkan kepada kami terlebih dahulu mengenai masa dan tarikh ketibaan serta alamat penginapan sementara anda. Anda boleh berbuat demikian di forum PPMQ di sini.
