MSD Australia
MASCA
UQ MSA
QUT MySA
PPMS
MASAC
MSA UQ
MSA QUT
Kaunseling
Jika anda dibelenggu bebanan persoalan yang menggugat rutin kehidupan seharian, kini anda mempunyai alternatif untuk cuba menyelesaikannya. Sebagai kaunselor, kami bersedia membantu anda. Kami menjaga etika kerahsiaan. Anda tidak perlu berasa malu atau segan. Luahkan apa yang terbuku di hati agar terbit kelegaan di hati.
Kaunselor Bertauliah Dua kauselor PPMQ bertauliah (kedua-duanya berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia):
En. Nasrudin Subhi
(No. Pendaftaran 00040)
Pn. Norzita Mohamad
(No. Pendaftaran 00175)
Selamat datang ke ruangan siber kaunseling PPMQ. Siber kaunseling merupakan salah satu alternatif daripada beberapa perkhidmatan yang disediakan kepada ahli PPMQ yang bertujuan untuk membantu meringankan beban persoalan yang mungkin akan menggugat rutin kehidupan seharian.
Objektif Siber Kaunseling
- Menyediakan ruang untuk berkongsi beban persoalan yang dihadapi
- Membantu menyediakan celik akal bagi menghadapi bebanan persoalan yang dihadapi
- Membantu proses membuat keputusan
- Membantu meningkatkan konsep kendiri
- Menjadi alternatif kepada perkhidmatan tolong bantu
- Sumber rujukan untuk mendapatkan panduan atau bimbingan
- Mewujudkan keselesaan serta memberi didikan terhadap perkhidmatan kaunseling
- Mengurangkan perasaan malu pada peringkat awal perkongsian bebanan persoalan
- Sebagai landasan awal sebelum diteruskan dengan sesi kaunseling sebenar (bersemuka) - jika perlu
