MSD Australia
MASCA
UQ MSA
QUT MySA
PPMS
MASAC
MSA UQ
MSA QUT
Tentang PPMQ
Persatuan Pelajar Melayu Queensland (PPMQ) merupakan sebuah persatuan yang berorentasikan menjaga kebajikan para pelajar Melayu (Malaysia) di Brisbane khasnya dan di Queensland umumnya. Ide penubuhannya telah digerakkan oleh sekumpulan pelajar Melayu Malaysia sekitar pertengahan tahun 2003. Mesyuarat Agung Tahunan Pertama PPMQ telah diadakan pada 12 Oktober 2003. Persatuan ini yang berpusat di Brisbane bermatlamatkan:
- Sebagai penghubung antara Jabatan Penuntut Malaysia Australia dengan pelajar Melayu/Bumiputera di Queensland
- Menyatupadukan pelajar Melayu sama ada mereka yang di bawah tajaan/biasiswa, pinjaman atau pelajar persendirian di Queensland
- Menjaga kebajikan dan kepentingan pelajar seperti mengurus penempatan pelajar baru, penyesuaian diri, bantuan akademik serta kewangan semampu yang boleh
- Sebagai badan untuk menyuarakan pendapat dan permasalahan pelajar kepada pihak yang berkenaan
- Mengeratkan hubungan di antara pelajar dengan pihak Jabatan Penuntut Malaysia Australia
- Sebagai saluran menjalankan aktiviti-aktiviti pelajar Melayu Malaysia
- Bekerjasama dengan badan-badan pelajar Malaysia yang lain untuk menganjurkan aktiviti serta menjaga kepentingan kebajikan pelajar Melayu sejajar dengan matlamat PPMQ
