MSD Australia
MASCA
UQ MSA
QUT MySA
PPMS
MASAC
MSA UQ
MSA QUT
MyPSA-WA
Syarat-syarat Pertandingan
Ceria Ria Akademik Queensland 2008.
A. Pertandingan cekodok paling kreatif dan cekodok paling lazat
Syarat-syarat penyertaan
- Terbuka kepada semua warga negara Malaysia di Queensland.
- Markah akan diberikan berdasarkan kepada kelazatan dan kreativiti cekodok para peserta.
- Semua bahan yang halal boleh digunakan.
Cekodok mestilah dibawa/dihidangkan (BUKAN dimasak semasa program berlangsung) semasa acara sarapan/minum pagi dan keputusan pengadil adalah muktamad.
B. Pertandingan "kenali negaraku Malaysia"
Syarat-syarat penyertaan
- Terbuka kepada semua pelajar-pelajar Malaysia yg berdaftar sebagai peserta Hari Ceria Ria Akademik.
- Kertas untuk menjawab soalan akan diberikan selepas sahaja para peserta-peserta mendaftarkan diri pada hari tersebut.
- Soalan akan diajukan semasa pertandingan ini berlangsung dan para peserta di minta menuliskan jawapan di dalam kertas jawapan.
- Kertas jawapan akan dikutip selepas waktu permainan berakhir.
- Keputusan pemenang adalah muktamad.
C. Anugerah "Bidang Pengajian Terbaik"
Anugerah ini adalah berdasarkan tiga pertandingan.
-
Terminologi paling panjang
Setiap kumpulan bidang pengajian hendaklah menegemukakan satu terminologi sahaja -
Senarai terminologi yang terbanyak.
Setiap kumpulan bidang pengajian hendaklah menyenaraikan sebanyak mana terminologi khusus si dalam bidang tersebut. -
Senarai pekerjaan terbanyak
Setiap kumpulan bidang pengajian hendaklah menyenaraikan sebanyak mana nama/tajuk pekerjaan yang terdapat di dalam bidang tersebut.
.
Syarat-syarat penyertaan
- Terbuka kepada semua pelajar-pelajar Malaysia yg berdaftar sebagai peserta Hari Ceria Ria Akademik.
- Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut bidang2 pengajian masing2 dan akan berkerja secara berkumpulan.
- Keputusan pemenang adalah muktamad.
D. Pertandingan untuk kanak-kanak
a) Pertandingan mewarna
Syarat-syarat penyertaan
-
Pertandingan dibuka kepada 2 kategori
A : 4 - 8 tahun
B : 9 - 12 tahun - Pertandingan akan diadakan sewaktu ceramah berlangsung
- Gambar untuk diwarnakan akan diberi pada hari pertandingan
- Para peserta di minta menyediakan peralatan mewarna masing-masing.
b)Pertandingan "I Spy"
Syarat-syarat penyertaan
-
Pertandingan dibuka kepada 2 kategori
A : 4 - 8 tahun
B : 9 - 12 tahun - Pertandingan akan diadakan sewaktu forum berlangsung
- Para peserta diminta menyenaraikan objek di sekeliling mereka di dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
- Hanya perkataan rasmi sahaja yang diterima
* kesemua pertandingan tertakluk kepada perubahan
