Ceria Ria Akademik QLD 2008

HARI CERIA RIA AKADEMIK QUEENSLAND 2008
[Click here for English version]


PPMQ, MASCA dan MSDA akan menganjurkan Ceria Ria Akademik 2008 Queensland.

Klik di rangkaian berikut untuk muat turun:
Poster (Bahasa Malaysia): |PDF|PNG(imej)|
Poster (Bahasa Inggeris): |PDF|PNG(imej)|
Aturcara Program: |Bahasa Malaysia|Bahasa Inggeris|

Maklumat program:

  • Tarikh: 10 Mei 2008
  • Hari: Sabtu
  • Masa: 9 pagi - 1 petang
  • Tempat: Auditorium, Queensland Bioscience Precinct, (Building 80), University of Queensland, St. Lucia (berhadapan dengan Perhentian Bas UQ di Chancellors Place)
  • Pendaftaran: PERCUMA
Penyertaan terbuka kepada SEMUA rakyat Malaysia di Queensland.
Klik di sini untuk mendaftar sekarang
Sarapan dan makan tengahari disediakan.

ATURCARA PROGRAM
9.00 am Sarapan
Pertandingan cekodok paling kreatif dan paling lazat
Dijemput semua menunjukkan kreativiti masing-masing untuk menyediakan cekodok yang paling lazat atau yang paling kreatif.
Penyertaan secara individu atau berkumpulan.
Tiada had di atas bahan-bahan atau bilangan cekodok yang disediakan.. (lagi banyak lagi bagus..) Pisang? Bawang? Udang? Labu? Ayam? Durian? Strawberry? Belacan? Ice-cream? Chocolate Chip? M&M's? Apa-apa sahaja boleh digunakan (asalkan halal).
[Klik di sini untuk syarat-syarat]
9.30 am Perasmian / Taklimat
9.45 am Ceramah: "Making it Happen"
Penceramah : Pn Atie Rosemary, Pensyarah Kanan di Universiti Malaya
[Klik di sini untuk latar belakang beliau]

Dapatkan sedikit tips belajar dari pensyarah yang juga mendapat pendidikan dari luar negara, berpengalaman berurusan dengan industri, berpengalaman menjadi pensyarah dan menyelia pelajar-pelajar sarjana muda.
10.00 am Pertandingan: "Kenali Negaraku"
Uji pengetahuan anda dengan maklumat terkini di negara tercinta.
Hadiah menarik menanti anda!
[Klik di sini untuk syarat-syarat]
11.00 am Forum: "I’ve graduated..what next?"
Ahli-ahli Panel Berkaliber:
  • En. Wan Othman Mohd Noor, Pengurus Malaysia Airlines (MAS)
  • Dr. Nik Z. Nik Wan, Pakar Kardiologi di Queensland
  • En. Muhammad Shahril Othman, Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD)
[Klik di sini untuk latar belakang ahli-ahli forum]

Di dalam forum ini, ahli-ahli panel akan berkongsi pengalaman dan memberi gambaran menyeluruh tentang senario pekerjaan yang menanti para pelajar yang bakal menerima ijazah.
Jangan lepaskan peluang berinteraksi bersama mereka dan dapatkan tip-tip untuk menjadi "pekerja pilihan".
11.45 am Sesi interaksi: "Meet my Mates"
Dalam sesi ini, ruang-ruang perbincangan disediakan untuk mebolehkan para pelajar sarjana / pasangan dan sarjana muda di dalam bidang pengajian yang sama berinteraksi.
Di antara kumpulan bidang pengajian yang disediakan adalah: bioteknologi, kejuruteraan, perniagaan, keusahawanan, sains sosial, perguruan dan lain-lain.

Apakah tujuannya ?
  • Untuk Pelajar siswazah serta pasangan:
    Peluang ini boleh digunakan untuk menyumbang kembali kepada negara dan bangsa dengan memberi khidmat nasihat serta berkongsi pengalaman dengan adik-adik sarjana muda dan juga pelajar siswazah yang baharu. Pengalaman belajar serta bekerja boleh menjadi panduan untuk adik-adik yang baru ingin menapak di dunia pekerjaan yang sememangnya mencabar. Peluang ini juga boleh digunakan untuk meninjau-ninjau "bakal rakan kerja"

    "A research is not done until it's published". Pamerkanlah hasil-hasil penyelidikan dalam bentuk poster kepada semua. Sampaikanlah ilmu yang dipelajari hasil dari penat lelah membuat penyelidikan dan dapatkan saham akhirat yang tidak ternilai.
  • Untuk pelajar sarjana muda :
    Peluang terbaik untuk mewujudkan "networking" di kalangan rakan sarjana muda serta pelajar siswazah dan pasangan. Pelajar siswazah serta pasangan masing-masing di Queensland terdiri dari pakar-pakar pelbagai bidang dan menjawat pelbagai jawatan. Diantaranya, pensyarah , penyelidik , doktor, guru, jurutera, arkitek , ahli perniagaan , usahawan, pengurus dan lain-lain lagi. Jangan lepaskan peluang untuk mencungkil pengalaman mereka dan bertanyakan apa jua soalan yang dapat membantu anda supaya cemerlang sewaktu pengajian dan dalam memulakan karier masing-masing.
  • Untuk semua :
    Bersantai dan uji minda anda dengan pertandingan-pertandingan yang akan diadakan!
Anugerah "Bidang Pengajian Terbaik" menjadi rebutan!
Untuk memenangi anugerah tersebut, tiga pertandingan akan diadakan
Kumpulan bidang pengajian manakah yang dapat menyenaraikan:
  • Terminologi paling panjang?
  • Terminologi terbanyak?
  • Pekerjaan terbanyak?

[Klik di sini untuk syarat-syarat]
12.30 pm Solat Zuhur, Solat hajat dan Makan tengahari
BERSEMPENA PEPERIKSAAN yang MAKIN DEKAT, JOM KITA MEMINTA DIPERMUDAHKAN DARIPADANYA.

Tidak ketinggalan cabutan bertuah dan pertandingan untuk kanak-kanak

Objektif program:

  1. Menyediakan saluran untuk berkongsi pengalaman belajar dan pembinaan kerjaya di antara pelajar-pelajar siswazah dan sarjana muda.
  2. Menyediakan saluran untuk para pelajar sarjana muda dan pelajar siswazah yang baru untuk mendapatkan khidmat nasihat.
  3. Mewujudkan jalinan hubungan akademik serta kerjaya di kalangan para pelajar yang menceburi bidang pengajian yang sama.
  4. Merapatkan ukhwah di antara pelajar siswazah dan sarjana muda.
  5. Menyediakan ruang motivasi kepada semua pelajar supaya dapat belajar dengan kondusif.

Klik di sini untuk mendaftar sekarang.

Pendaftaran masih dibuka!.

Atau hantarkan e-mail dengan maklumat berikut

  • Nama
  • Universiti
  • Bidang pengajian
  • Tahun mula pengajian
(Jika berkeluarga:)
  • Nama pasangan
  • Nama bidang pengajian pasangan
  • Bilangan ahli keluarga ( bilangan dewasa / bilangan kanak-kanak (sertakan umur) )
  • Tahun mula pengajian
kepada (salah seorang):
  • Ainu Husna M S Suhaimi
    Ainu.Suhaimi@csiro.au
    04-15309467
  • Mohd Khairul Nizam Mohd Khalid
    kusess9903@hotmail.com
    04-34834191
  • Johan Kamal Hamidon
    04-20612646
    j_emily004@hotmail.com

Klik di sini untuk senarai jawatankuasa program