Bakal Pelajar
Bagi pelajar yang bakal tiba, anda disyorkan agar memberitahu kami di forum PPMQ tentang makluman ketibaan anda. Anda perlu mendaftar dahulu (pendaftaran adalah percuma) sebelum dibenarkan untuk menghantar sebarang mesej. Anda boleh membuat pertanyaan, berkongsi maklumat, membincangkan sesuatu isu, membantu satu sama lain dan pelbagai lagi. Sila klik di sini untuk lapor diri di forum.
Berikut merupakan peta sekitar Queensland. Anda boleh zoom in dan zoom out. Klik pada "View Larger Map" untuk membesarkan peta berikut.
View Larger Map
Keluarga yang tiba di sini pada kebiasaanya akan tinggal di motel atau apartment untuk beberapa hari pertama sementara mencari rumah sewa yang sesuai untuk diduduki. Bayaran untuk sehari adalah sekitar AUD100 sebilik ke atas.
Sila klik di sini untuk senarai hotel dan penginapan di Brisbane
Peta dan tempat-tempat di Queensland:
Terdapat juga situasi di mana pelajar atau keluarga yang tiba, tinggal sementara di rumah kenalan atau pelajar-pelajar yang mahu menyewakan rumah mereka ketika mereka pulang bercuti atau menjalani latihan praktikal di Malaysia. Dengan cara ini kos yang dibayar adalah jauh lebih rendah berbanding dengan tinggal di motel atau apartment. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada waktu pelajar/keluarga tersebut tiba (samada waktu tersebut di dalam cuti semester ataupun tidak) dan sama ada terdapatnya rumah kosong untuk disewakan secara sementara oleh penghuninya yang pulang ke Malaysia.
