Bilik Gerakan Dan Bantuan Bencana Alam Queensland
Assalamualaikum warga PPMQ yang dihormati,
Semoga sahabat-sahabat PPMQ berada dalam rahmat dan perlindungan Allah. Untuk makluman, satu jawatankuasa bertindak membantu pelajar-pelajar Malaysia yang yang menghadapi masalah banjir di Queensland telah ditubuhkan dan diketuai oleh Encik Zul Rahim. Satu bilik gerakan akan dibuka di UQ bagi menjalankan operasi yang berkaitan dengan pengurusan dan bantuan pelajar-pelajar Malaysia bermula 17 Januari 2011 yang lokasinya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Sekiranya masih terdapat pelajar-pelajar yang masih belum mengemukakan maklumat lanjut berkaitan nama (termasuk ahli keluarga), nombor telefon, suburb, universiti, tajaan dam keadaan/masalah yang dihadapi dipohon berbuat demikian melalui emel kepada mascahelp@gmail.com.
Selain dari bantuan berbentuk kewangan, sumbangan berbentuk bahan mentah seperti makanan, peralatan rumah, perabot dan sebagainya turut diperlukan. Terdapat juga di kalangan mangsa banjir yang memerlukan tempat tinggal sementara sebelum mendapat kediaman tetap. Sumbangan-sumbangan tersebut boleh disalurkan melalui mana-mana AJK PPMQ atau MASCA atau terus ke bilik gerakan yang akan dimaklumkan kelak.
Untuk sahabat-sahabat yang masih belum mengemukakan permohonan bantuan 'Flood Recovery' boleh berbuat demikian di mana-mana lokasi berikut dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang:
• Indooroopilly Catholic Church Hall, Ward Street;
• St Aidan’s Anglican Grammar School, Corinda;
• Yeronga State School; and
• East Brisbane Anglican Church, Kangaroo Point.
Sila bawa bersama pasport, visa dan maklumat akaun bank. Untuk maklumat lanjut berkaitan kelayakan dan sebagainay, sila layari http://www.janeprentice.com.au/
Sekian. Terima kasih.
- Login to post comments
