Penambahbaikan Laman Sesawang (web) PPMQ
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
PPMQ ingin mengumumkan bahawa laman sesawang PPMQ yang lama telah digantikan dengan laman sesawang yang baru. Oleh itu, segala maklumat terkini berkenaan PPMQ akan dikemaskini di laman web yang baru. Laman sesawang yang baru ini telah dibangunkan dan telah diberi nafas baru berdasarkan cadangan-cadangan ahli-ahli sekarang dan terdahulu.
Diharapkan warga PPMQ dapat memberikan cadangan-cadangan yang bermanfaat di masa hadapan untuk menjadikan laman sesawang baru ini sebagai pusat maklumat terkini dan laman sosial kepada warga PPMQ. Segala cadangan/idea hendaklah diajukan kepada mana-mana AJK PPMQ untuk dipertimbangkan.
Terima kasih.
Laman web PPMQ yang baru: http://ppmq-australia.blogspot.com/
Yang menjalankan tugas,
Biro Teknologi Maklumat
Nazim
- Login to post comments
